cobaan
Dugaan-dugaan yang saya hadapi di bulan yang mulia ini (so far).
Third day already! How time flies.
- Perasaan rindu yang teramat sangat kepada adik-adik saya yang tak begitu jauh tapi rasa sangat sunyi tanpa mereka di rumah ini. Seorang di UIA, Gombak dan lagi seorang di Section 3, Shah Alam. Yes, Section 3. Tapi boleh kira guna jari sahaja berapa kali kami berjumpa. Sedih. Rindu dekat nenek juga. Entah mengapa. Saya fikir perasaan tabah akan lama-lama mengaburi perasaan rindu dekat nenek kerana sudah dua tahun meninggalkan keluarga tapi rupa-rupanya tidak. Teramat sunyi. Tiada lagi kedengaran suaranya, tiada lagi bau nya, tiada lagi gelak ketawa nya, tiada lagi alunan suara mengaji nya di waktu sahur.
- Selalunya hari Rabu dan Khamis, di antara waktu double period 1L and 2A saya ada gap solat Zohor. Namun, sejak mulanya bulan puasa, waktu sekolah sudah dianjakkan ke pukul 12.40 tengah hari. Waktu solat sudah dimasukkan slot nya di dalam P&P 2A saya. Maka, double period menjadi single kerana mereka mengambil masa setengah jam untuk menunaikan solat. (sebenarnya 20 minit sahaja tetapi murid-murid saya begitu slow jalannya.)
- Dan kerana tiada lagi gap waktu Zohor, saya dari 1L yang berada di tingkat atas sekali harus lekas berlari menuju ke 2A, kelas di tingkat bawah sekali. Tercungap-cungap jugak lah. Dengan handbag di satu bahu, tangan penuh dengan bermacam-macam kertas; mahjung, worksheets, etc. Perjalanan itu mengambil masa 5-8 minit. Mula-mula saya minta maaf juga kepada murid-murid saya kerana lambat. Tapi selepas itu, saya anggap mereka faham-faham sahaja lah.
- Semalam mentor dan supervisor masuk ke kelas 1L dan 2A (respectively) untuk lihat saya mengajar. Alhamdulillah, tiada kesilapan yang saya lakukan, dan P&P was okay. Tetapi supervisor saya boleh "sense" yang saya tak happy. Inilah padahnya apabila terlebih mencurahkan perasaan ke dalam journal. Honestly, saya tak over pun. Cuma menulis pasal murid-murid tak dengar cakap, tak hantar homework, disrespectful, etc. Maybe kerana berpengalaman, dia tahu isi tersirat di situ. Saya pun terkantoi lah. Lalu, saya beritahu dia bahawa saya tak jumpa lagi "pemangkin" di sekolah. Saya cepat demotivated, dan saya malas nak "deal" dengan perangai budak hingusan. Dia kata "oh tak boleh camtu. I want to see how you react to situations that force you to deal with the problem spot-on." Saya pun cakap kepada diri sendiri, baiklah, saya kan cuba menjadi lebih berani dalam menghadapi sikap murid-murid yang seperti meminta free kick and slap setiap hari.
- Apparently, supervisor tau saya bersama Amer and the fact that he's no longer here. Ya Allah, malunya diriku masa itu. Saya terus mencelah, "oh no no Miss, personally I'm okay. Only on things regarding school huu.." Cover baik punya.
- Tapi it got me thinking. Mana tau Miss was right. My lack of motivation is caused by me missing a whole lot of people and that it brings me down. Tapi hellooooo, takkan nak mengaku dekat supervisor huhu.
- Tuhan nak uji kerana Dia tahu saya boleh melalui nya. Ya Allah, kalau betul, aku sahut cabaranMu dan cuba menghadapi nya dengan hati yang tenang. Amin.
Third day already! How time flies.
0 tissues:
Post a Comment