what is enough?

Tak cukup lagi. Tak cukup.

Saya selalu rasa kualiti itu sentiasa ada dalam diri saya. Memang pun. Satu fakta, bukan fiksyen. Dan dalam semua perkara; pelajaran, impian hidup, tanggungjawab kepada Tuhan, famili, kawan-kawan dan diri sendiri. Tapi apa-apa pun, yang terakhir sekali disebut itu merupakan satu benda yang saya paling tidak ambil peduli. Biarlah saya sedih, tak cukup makan, buat orang lain gembira, bagi dia potong barisan di hadapan saya, bagi orang yang saya sayang apa-apa sahaja, asalkan dia gembira. Bila saya lihat raut wajah orang-orang tersayang, senyum tersimpul manis sekali, gelak ketawa tak ingat dunia, saya gembira juga, walaupun tidak dapat apa yang saya mahu.

Tapi tidak pernah sekali pun saya berkata saya ni manusia sempurna. Saya pun ada kemahuan, ada impian, tidak mahu dipijak begitu sahaja oleh mereka yang tidak bertimbang rasa. Saya cuma mahu kamu memahami, itu sahaja, dan saya lah akan menjadi orang yang paling gembira didunia ini. Tapi haruslah orang tidak berbuat demikian. Minda, pemahaman, diri kita semua tidak sama. Kita telah dibentuk dan diasuh di dalam rumah yang berlainan, orang yang berlainan, tidak lupa juga perbezaan persekitaran. Jadi, apa yang saya patut buat ? Sabar.

Sabar dan sabar dan sabar. Melihat wajah kamu yang tidak berpuas hati, sabar. Saya melemparkan senyuman nampak gigi yang tidak tersusun betul ini pun tetapi tidak mendapat senyuman yang hampir sama, sabar. Hubungan renggang atas kemahuan mereka sendiri, sabar. Cubaan saya untuk merapatkan tidak berjaya, sabar. Tahap saya yang rendah, tak "cool", yang secara halus sekali diberitahu, sabar. Perasaan bosan terhadap saya, sabar.

Untuk mengekalkan iman? Sabar.



0 tissues: